Skip to main content

Bagaimana Merebut Peluang Perniagaan? 3 Ciri Utama Usahawan Perlu Miliki

Persaingan sentiasa ada dalam perniagaan, lebih-lebih lagi perniagaan dalam talian. Sedang kita masih bergelut berhadapan dengan pandemik Covid 19 ini, ramai peniaga baru tumbuh untuk menampung kehidupan setelah kehilangan kerja.

 

Peniaga konvensional yang mempunyai kedai fizikal juga meneroka peluang digitalisasi ini. Bagaimana perniagaan anda mampu kekal dan berkembang dalam pasaran? Usahawan perlu memiliki 3 ciri utama ini.


1. Proaktif

Usahawan yang bijak merebut peluang, lazimnya seorang yang tangkas dan cekap dalam mengenal pasti peluang yang ada. Dia sentiasa peka dengan keadaan sekeliling, tahu apa yang berlaku melalui pemerhatian yang baik. Jika tidak, peluang akan terlepas begitu sahaja kepada orang lain.


Peniaga yang bersifat proaktif, akan sentiasa berada di hadapan pesaing yang lain dalam mencari peluang yang ada. Dia akan menilai peluang itu sama ada bersesuaian dengan perniagaannya. 


Jika ada rakan kongsi, dia akan melakukan perbincangan, mencambah dan mengeluarkan idea-idea baru untuk mengembangkan bisnesnya. Otak mereka sentiasa berfikir untuk memajukan bisnes. Mereka bijak menggunakan masa dan merancang strategi bagi meningkatkan produktiviti perniagaan.


2. Berinteraksi dengan pelanggan

Perniagaan tidak boleh berjaya tanpa pelanggan. Merekalah pembuat keputusan untuk membeli atau menggunakan khidmat perniagaan yang ditawarkan. 


Jadi, perlunya usahawan mengambil inisiatif berinteraksi dengan pelanggan untuk mengetahui perkhidmatan mereka bagus dan berkualiti. Inilah yang dipanggil mencipta sendiri peluang perniagaan. 


Bagaimana cipta peluang? Apabila peniaga mendapatkan maklum balas daripada pelanggan, mereka akan cuba membaiki kelemahan yang ada. Jangan ambil remeh maklum balas pelanggan kerana di situ terdapat perkongsian yang boleh membantu dan menyelesaikan sesuatu masalah. 


Malah boleh juga menjadi pencetus idea baru bagi peniaga. Mereka juga boleh meningkatkan kualiti produk, pemasaran dan komunikasi kepada pelanggan. Pada masa yang sama menjaga perhubungan yang baik dengan pelanggan sedia ada. 


Perkhidmatan yang berkualiti mampu mencipta pelanggan setia. Pelanggan setia akan berkongsi dan bercerita dengan rakan-rakan, keluarga dan orang terdekat tentang produk anda.


Nah, di situ telah berlaku pemasaran percuma! 


3. Meneliti Perkembangan Semasa

Usahawan akan meneliti peluang perniagaan melalui pelbagai saluran seperti televisyen, akhbar dan media sosial. Misalan, pelbagai bantuan kerajaan ditawarkan untuk perniagaan seperti bantuan modal dan modul latihan. 

Lihat sahaja inisiatif daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad untuk membantu para peniaga melengkapkan kemahiran pekerja dan perniagaan. Program PENJANA dan kursus SME yang ditawarkan adalah inisisatif terbaik dan berkesan yang dijalankan melalui webinar dan e-pembelajaran.

Ikuti media sosial agensi kerajaan untuk informasi dan peluang yang lebih cepat. Zaman informasi hanya di hujung jari, anda perlu rajin mengikuti perkembangan semasa. Rebutlah kesempatan yang baik ini untuk bisnes anda.  


Kesimpulan

Selain produk atau servis yang ditawarkan adalah baik dan berkualiti, pemasaran yang strategik mampu membawa perniagaan lebih jauh. Operasi perniagaan juga perlu lancar untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. 


Cari, cipta dan rebutlah peluang dengan membuka minda dan bertindak dengan segera atas idea dan peluang itu. Peniaga perlu meningkatkan potensi diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran perniagaan supaya tidak ketinggalan. Barulah perniagaan anda mampu kekal dan berkembang dalam pasaran yang dinamik ini. 


#penulisupahan #servismenulis #articlewriter #contentwriter #penulisartikel

Comments

Popular Posts

Volunteer sekolah orang asli

 Pada 18 November yang lalu, saya menjadi sukarelawan di bawah sebuah organisasi bernama Bila Bila Odyssey, yang menganjurkan satu program di SK Bukit Bangkong (A), sebuah sekolah Orang Asli berhampiran Sungai Pelek, dalam kawasan komuniti Mah Meri. Sekolah tersebut mempunyai kurang daripada 120 orang murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Program yang dijalankan berfokus kepada STEM, dan murid-murid dibahagikan kepada enam kelas. Saya ditugaskan untuk mengajar mereka cara membuat plastisin sebagai salah satu aktiviti pembelajaran. Setiap sesi dijalankan selama lebih kurang 15 minit. Saya sendiri sebenarnya turut belajar bersama kanak-kanak ini. Secara ringkas, cara membuat plastisin bermula dengan mencampurkan 10 sudu tepung dan 1 sudu garam, kemudian digaul rata. Dalam bekas lain, air dicampurkan dengan pewarna makanan dan untuk kelas ini kami menggunakan warna merah dan biru. . Air berwarna itu dituangkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung tadi, lalu diuli sehingga adunan...

Witty Game : Breakout at NU Sentral

 I recently went to Breakout at NU Sentral and played “The War for Rembrandt” with two friends. The game is recommended for beginners and has a 65% success rate. From the start, we purposely chose an easier game because we wanted a higher chance of winning, especially since the tickets weren’t cheap. Even the staff suggested we pick a simpler room. Before the game began, we were given a short briefing on the dos and don'ts. Only one person was allowed to bring a phone into the room, as we needed to download their app beforehand for in-game hints and assistance. All our belongings were stored in a provided locker. The game lasted about 50 minutes. Our first impression upon entering the first room was “wow”. It really felt like stepping into a different world. It was definitely a mental challenge. We asked for hints twice, yet still we didn’t make it through the final room in time. We really enjoyed it although we failed. Haha! Breakout is a themed real-life escape room venue located...

Buat MyKad Baharu di JPN Petaling Jaya (PJ)

Minggu lepas, I finally decided untuk renew MyKad kat JPN Petaling Jaya. IC lama I sebenarnya cip masih berfungsi, boleh scan dan guna macam biasa. Tapi fizikal kad tu bahagian tepi dah terkopek-kopek sampai I terpaksa tampal dengan salotep. Kad tu jadi macam tu sebab dulu I guna as Touch ‘n Go. Lepas 2–3 tahun guna hari-hari, especially masa travel naik public transport, makin lama makin lunyai. So, I stop guna sebagai TnG and just simpan elok-elok… memang nampak sangat wear and tear IC tu. Cumanya, setiap kali urusan rasmi macam di bank, bila diminta IC, reaksi pegawai selalunya terkejut tengok rupa IC tu. Setiap kali I akan explain, seganlah juga. Jadi, selepas bertahun-tahun (kali terakhir renew pada tahun 2011), akhirnya I pergi JPN PJ.  Sampai sana around 2pm. Parking memang ada, tak payah risau. I terus masuk, ambil nombor giliran. Masa tu pukul 2.09pm. Tunggu tak lama, dalam 2.43pm I dah kena panggil. Proses dia cepat je, ambil gambar baru and check butiran semua. I hanya d...