Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2022

MATA ANDA KERING? 10 TIP PENJAGAAN MATA SIHAT DAN SEGAR

Ada beberapa tip saya lakukan untuk penjagaan mata supaya rasa sihat dan segar. Cara saya mungkin bukan untuk semua orang dan ia hanyalah untuk diri sendiri selepas pembacaan dan pernah berjumpa doktor semasa awal-awal sindrom mata kering berlaku.  SINDROM MATA KERING Sindrom mata kering berlaku apabila mata anda berasa tidak selesa dalam jangka panjang dan mungkin boleh mengganggu penglihatan. Tanda-tanda mata anda mengalami kekeringan ialah mata terasa pedih atau panas, mata mula kemerah-merahan, rasa sakit dan tidak selesa.  Jika terlalu kering, anda mungkin rasa seolah-olah ada pasir di dalam mata dan boleh membuatkan mata bengkak apabila tidak dirawat segera. Dulu saya pernah kena konjunktivitis mata dan sejak itu mata saya sangat kering. Saya pernah rasa mata seperti ada pepasir dan bila malam, mata saya membengkak. Ubat titis mata tiruan membantu tetapi hanya dapat menghilangkan rasa pepasir dalam mata untuk beberapa jam. Lebih teruk lagi apabila bekerja dalam bilik ada aircond

River Of Life and other murals

During Chinese New Year, a friend and I pergi Masjid Jamek untuk tengok River of Life. Kalau turun LRT dekat Pasar Seni, kene berjalan sikit ke depan. Kami pilih stop sini sebab nak breakfast di CafĂ© Beskal. Kawan kata port orang-orang naik basikal makan breakfast, jadi deco dia pun ada basikal lama. Kami memang dedicate hari tu hari jalan-jalan KL. Kalau nak betul-betul turun kat area mural tu, boleh turun dekat  LRT Masjid Jamek . I tengok mural di Masjid Jamek yang famous tu cantik dan terjaga. Kami jalan sampai ke Bangunan Sultan Abdul Samad . Masa tu dah tengah hari. Panas ya! Tapi dah alang-alang kami lawat jugalah. Bila lagi nak lawat, kan? Tapi kami terlepas untuk lihat kolam ikan at one corner of the sidewalk, close to a bridge sebab kami tak nampak semasa berjalan ke arah Bangunan Sultan Abdul Samad.   Boleh tengok waktu malam pula macam mana view River of Life nanti. Kalau tengok gambar lagi cantik sebab ada effect lampu dan mist tu lebih menarik. Plan asal, kami nak b

Surat Jualan / Sales Letter

Kalau anda rasa tak pasti dengan surat jualan yang anda tulis, saya boleh check, edit dan cantikkan untuk anda. Kalau anda rasa tak tahu nak sediakan sales letter, saya boleh sediakan copywriting sales letter anda.  Kalau anda ada contoh surat jualan/ sales letter yang anda suka, boleh bagi kat saya untuk saya buat reference, lebih mencapai objektif penulisan yang anda mahukan. Saya mudah faham dan kerja lebih efektif. Yang penting, anda kena tahu siapa audience anda. Siapa target surat itu? Apa produk anda cuba selesaikan?  Surat jualan bukan "to all", tapi to targeted database of your customers.    ***************************** Surat-surat lain.  Jika anda rasa ada surat yang anda perlu saya sediakan, apa-apa lah... beritahu saya. Yang penting saya kena tahu tujuan surat itu untuk apa. Cover letter ke, surat berhenti kerja ke, surat tawaran ke, surat rasmi? Saya kena faham dulu, baru saya boleh quote harga. Saya tidak letak harga dulu sebelum dengar perkhidmatan yang macam