Skip to main content

MATA ANDA KERING? 10 TIP PENJAGAAN MATA SIHAT DAN SEGAR

Ada beberapa tip saya lakukan untuk penjagaan mata supaya rasa sihat dan segar. Cara saya mungkin bukan untuk semua orang dan ia hanyalah untuk diri sendiri selepas pembacaan dan pernah berjumpa doktor semasa awal-awal sindrom mata kering berlaku. 

SINDROM MATA KERING

Sindrom mata kering berlaku apabila mata anda berasa tidak selesa dalam jangka panjang dan mungkin boleh mengganggu penglihatan. Tanda-tanda mata anda mengalami kekeringan ialah mata terasa pedih atau panas, mata mula kemerah-merahan, rasa sakit dan tidak selesa. 

Jika terlalu kering, anda mungkin rasa seolah-olah ada pasir di dalam mata dan boleh membuatkan mata bengkak apabila tidak dirawat segera.

Dulu saya pernah kena konjunktivitis mata dan sejak itu mata saya sangat kering. Saya pernah rasa mata seperti ada pepasir dan bila malam, mata saya membengkak. Ubat titis mata tiruan membantu tetapi hanya dapat menghilangkan rasa pepasir dalam mata untuk beberapa jam. Lebih teruk lagi apabila bekerja dalam bilik ada aircond.


TIP JAGA MATA KEKAL SIHAT DAN SEGAR 

1. Untuk tempoh mata kering yang teruk itu, saya mengambil kapsul fish oil dan lutein setiap hari. Sebelum tu, tak pernah ambil ubat supplement pun. Apabila mata saya kembali normal, saya mula memberi perhatian kepada kesihatan mata.


2. Saya ada ada ubat titis air mata tiruan dan hanya digunakan bila perlu sahaja. Air mata tiruan ni ada dua jenis iaitu water based atau gel. Saya selalu standby dalam beg tangan jika ke mana-mana. 

Kadang-kadang jika pergi mall seharian, kalau saya terasa mata tak selesa atau dah boleh agak-agak nak kering, saya titiskan ubat air mata palsu itu.

Kalau malam sebelumnya saya kurang tidur, saya akan titiskan ubat mata esok pagi untuk kelembapan dan kesegaran. 


3. Jika menggunakan laptop atau gajet elektronik yang lain, saya pastikan jarak mata dengan gajet tidak terlalu dekat. Kita mungkin tak perasan apabila kita asyik menonton atau membaca. Kalau terlalu dekat dalam tempoh agak lama, akan menyebabkan otot mata menjadi lebih tegang.


4. Kalau tengok gajet atau laptop, cuba elak pandang terlalu lama. Mata mudah penat dan terasa tegang jika terlalu lama menghadap skrin. Masa bekerja, saya selalunya akan berhenti sebentar selepas sejam. Saya akan pandang ke luar rumah atau buat kerja lain yang tidak menggunakan laptop sebentar. Selain jaga mata, minda saya pun fresh sebelum menyambung kerja semula.


5. Air kosong berfungsi untuk menghidratkan badan termasuk juga mata. Kalau saya kurang minum air kosong hari tu, mata saya akan kering sebelah petangnya. Saya pula suka air berkafein, jadi saya amalkan minum lebih air kosong.


6. Kalau dulu kurang makan sayur, sekarang perlu lebihkan sayuran. Makanan mengandungi vitamin A dan lutein baik untuk kesihatan mata. Lutein tu adalah pigmen kuning atau oren yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Jadi amalkan pengambilan makanan jenis ini seperti bayam, sawi, brokoli, lobak dan labu.  


7. Oleh kerana kita selalu menggunakan gajet untuk tujuan kerja, belajar, melayari internet atau bermain game, kita tidak perasan mata kita akan kurang berkelip. Ini disebabkan tumpuan kita tinggi terhadap kerja yang kita lakukan. Untuk tempoh yang lama, ia akan mengganggu fungsi penglihatan kita. 

Mata pun boleh penat. Sebab itu bila saya pergi bersenam, saya selitkan senaman mata juga. Saya besarkan mata dan lihat puas-puas warna hijau dari pokok-pokok dan bunga-bunga. Rasa seperti terapi. Saya gerakkan anak mata ke kiri ke kanan, ke atas ke bawah. Boleh juga membuat pusingan anak mata seperti satu bulatan besar atau buat pusingan ‘horizontal bentuk 8’. Ini dapat menguatkan otot mata anda.


8. Kalau dah tengok laptop terlalu lama, saya akan melakukan senaman yang saya panggil sendiri ‘kelip-kelip mata’ supaya mata terasa kurang kering dan kurang stress. Kemudian saya tutup mata selama beberapa saat dan buka mata dalam tempoh yang sama. Saya buat 10 kali. Cara ini juga membantu merehatkan dan menyegarkan mata yang lesu.


9. Ada juga senaman mata jarak dekat dan jauh yang saya jumpai di internet. Contohnya anda pegang pensil pada jarak lebih kurang 10 sm dari mata, pandang pensel tu 3 saat, dan kemudian tengok objek jauh yang bertentangan dengan anda selama 3 saat juga. Kemudian tengok semula pensil itu dan seterusnya. Lakukan 10 pusingan setiap hari. Ini membantu menigkatkan tumpuan atau fokus mata anda.


10. Ada lagi satu tip, kalau saya rasa mata saya panas dan kebetulan ada timun dalam fridge, saya suka letakkan hirisan timun di atas mata selama 5 minit. Akan rasa pedih bagi sesetengah orang masa pertama kali buat. Jangan panik. Timun sifatnya menyejukkan, ibarat menarik panas mata keluar. Tak pasti dari segi penerangan sains. Tapi lepas pakai saya selalu rasa daripada mata yang panas dan berat, mata jadi ringan dan segar.


Jadi inilah 10 tip yang saya kira praktikal untuk dikongsikan tentang penjagaan mata sihat. Saya pakai cermin mata, namun tip ini tidaklah pula dapat mengurangkan rabun saya hehe. Moga bermanfaat.


artikel lain

https://azihascribblings.blogspot.com/2022/01/6-set-minda-penyelesaian-masalah.html 

https://azihascribblings.blogspot.com/2021/09/just-moved-5-ways-to-adjust-to-new.html 


Comments

Popular Posts

Decathlon giving back to community

 I recently attended a free Zumba class at the Decathlon PJ branch, which is part of their regular weekly activities that include Zumba, yoga, and more. These activities are often offered at a minimal fee, with occasional free classes for the community, perhaps once a month. The atmosphere was lively, with families playing ping pong and children riding small bikes within the venue, adding to the sense of community. This initiative by Decathlon is a fantastic example of how a business can give back to local residents while promoting a healthy and active lifestyle. I haven’t seen other sports retailers in Malaysia adopt a similar approach. While Decathlon remains a business, they’ve successfully integrated CSR activities by fostering a sports culture through the free or affordable use of their facilities, like badminton, basketball, and futsal courts in selected branches, including those in Selangor, Johor Bahru, and Penang. Classes like Zumba, Pound, and Yoga/Pilates are also availa...

Volunteer sekolah orang asli

 Pada 18 November yang lalu, saya menjadi sukarelawan di bawah sebuah organisasi bernama Bila Bila Odyssey, yang menganjurkan satu program di SK Bukit Bangkong (A), sebuah sekolah Orang Asli berhampiran Sungai Pelek, dalam kawasan komuniti Mah Meri. Sekolah tersebut mempunyai kurang daripada 120 orang murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Program yang dijalankan berfokus kepada STEM, dan murid-murid dibahagikan kepada enam kelas. Saya ditugaskan untuk mengajar mereka cara membuat plastisin sebagai salah satu aktiviti pembelajaran. Setiap sesi dijalankan selama lebih kurang 15 minit. Saya sendiri sebenarnya turut belajar bersama kanak-kanak ini. Secara ringkas, cara membuat plastisin bermula dengan mencampurkan 10 sudu tepung dan 1 sudu garam, kemudian digaul rata. Dalam bekas lain, air dicampurkan dengan pewarna makanan dan untuk kelas ini kami menggunakan warna merah dan biru. . Air berwarna itu dituangkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung tadi, lalu diuli sehingga adunan...

Witty Game : Breakout at NU Sentral

 I recently went to Breakout at NU Sentral and played “The War for Rembrandt” with two friends. The game is recommended for beginners and has a 65% success rate. From the start, we purposely chose an easier game because we wanted a higher chance of winning, especially since the tickets weren’t cheap. Even the staff suggested we pick a simpler room. Before the game began, we were given a short briefing on the dos and don'ts. Only one person was allowed to bring a phone into the room, as we needed to download their app beforehand for in-game hints and assistance. All our belongings were stored in a provided locker. The game lasted about 50 minutes. Our first impression upon entering the first room was “wow”. It really felt like stepping into a different world. It was definitely a mental challenge. We asked for hints twice, yet still we didn’t make it through the final room in time. We really enjoyed it although we failed. Haha! Breakout is a themed real-life escape room venue located...