Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2021

Travel cara tak bajet tapi tak mahal, I panggil intermediate traveller

  Disclaimer: Ini hanyalah sharing santai peribadi. Saya tidak menjaga grammar. I bukan budget traveller tetapi bukan juga yang jenis kayangan. Selalu tengok sharing dalam internet tip travel orang tight budget atau orang loaded spend. So where does people like me share the tips? Bila my friends tanya, I selalu cakap I tak bajet tapi tidak lah a big spender. So lama-lama term intermediate traveller word I guna, kerana kita di tengah-tengah, senang nak explain kat orang lain. Ini adalah trip orang single. Limit aktiviti sehari I don’t like travel in a rush, semua benda nak buat dalam sehari. Been there done that, and I ended up tak ingat sangat apa yang I buat and half of the time rasa tak puas. I lebih kepada travel santai. Mungkin sebagai contoh, orang lain boleh cover 8 aktiviti dalam 4 hari, tapi itinerary I akan lebih stretch masa kepada 6 hari. I selalu akan selit aktiviti leisure atau bebas. I lebihkan masa bangun lambat apabila masuk hari ketiga, keempat kerana badan

3D Printing & Sumbangan Kepada Masyarakat Sosial

Teknologi selalu berubah untuk menjadikan kehidupan lebih baik. Teknologi yang saya tertarik ialah teknologi 3D printing. Hanya dengan mencetak reka bentuk model daripada komputer, mampu menghasilkan pelbagai ciptaan. Macam kita print dokumen, simulasi yang sama dengan software design, 3D printer mencetak 3 dimensi objek.   Sudah pasti boleh menjana keuntungan besar untuk bisnes, sama ada mengurangkan kos yang optimum atau menghasilkan objek yang dahulunya mengambil masa yang sangat lama dengan cara konvensional.   Pertama kali melihat teknologi hebat 3D printing ini, saya terfikir apakah sumbangan yang boleh diberikan dengan pertolongan 3D printing dari segi sosial dan kemasyarakatan. Saya membuat research apakah sudah ada sumbangan teknologi ini dalam konteks CSR atau pun social enterprise di Malaysia. Saya dapati ada dua berita mengenainya iaitu prototaip tangan palsu dan mask pelindung muka. Untuk kisah protestik tangan palsu, ia berita gembira untuk OKU seperti adik Ainaa Am

Bagaimana Merebut Peluang Perniagaan? 3 Ciri Utama Usahawan Perlu Miliki

Persaingan sentiasa ada dalam perniagaan, lebih-lebih lagi perniagaan dalam talian. Sedang kita masih bergelut berhadapan dengan pandemik Covid 19 ini, ramai peniaga baru tumbuh untuk menampung kehidupan setelah kehilangan kerja.   Peniaga konvensional yang mempunyai kedai fizikal juga meneroka peluang digitalisasi ini. Bagaimana perniagaan anda mampu kekal dan berkembang dalam pasaran? Usahawan perlu memiliki 3 ciri utama ini. 1. Proaktif Usahawan yang bijak merebut peluang, lazimnya seorang yang tangkas dan cekap dalam mengenal pasti peluang yang ada. Dia sentiasa peka dengan keadaan sekeliling, tahu apa yang berlaku melalui pemerhatian yang baik. Jika tidak, peluang akan terlepas begitu sahaja kepada orang lain. Peniaga yang bersifat proaktif, akan sentiasa berada di hadapan pesaing yang lain dalam mencari peluang yang ada. Dia akan menilai peluang itu sama ada bersesuaian dengan perniagaannya.  Jika ada rakan kongsi, dia akan melakukan perbincangan, mencambah dan mengeluarkan idea-