Skip to main content

Volunteer sekolah orang asli

 Pada 18 November yang lalu, saya menjadi sukarelawan di bawah sebuah organisasi bernama Bila Bila Odyssey, yang menganjurkan satu program di SK Bukit Bangkong (A), sebuah sekolah Orang Asli berhampiran Sungai Pelek, dalam kawasan komuniti Mah Meri. Sekolah tersebut mempunyai kurang daripada 120 orang murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6.


Program yang dijalankan berfokus kepada STEM, dan murid-murid dibahagikan kepada enam kelas. Saya ditugaskan untuk mengajar mereka cara membuat plastisin sebagai salah satu aktiviti pembelajaran. Setiap sesi dijalankan selama lebih kurang 15 minit.


Saya sendiri sebenarnya turut belajar bersama kanak-kanak ini. Secara ringkas, cara membuat plastisin bermula dengan mencampurkan 10 sudu tepung dan 1 sudu garam, kemudian digaul rata. Dalam bekas lain, air dicampurkan dengan pewarna makanan dan untuk kelas ini kami menggunakan warna merah dan biru.

.

Air berwarna itu dituangkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung tadi, lalu diuli sehingga adunannya menjadi lembut. Sambil mereka membuatnya, saya selitkan juga penjelasan tentang mengapa setiap bahan diperlukan. Contohnya, setengah sudu minyak masak ditambah untuk menjadikan struktur plastisin lebih kuat, tidak melekit dan mudah dibentuk. Akhir sekali, uli sehingga teksturnya menjadi lebih lembut dan anjal seperti tanah liat.


Setelah plastisin siap, saya tanya pula bentuk apa yang mereka ingin hasilkan. Ada yang buat donut, karipap, malah ada juga yang buat bentuk kereta. Aktiviti ini memberi ruang untuk mereka meneroka imaginasi dan kreativiti sendiri.


Kanak-kanak sangat gembira dengan program STEM hari itu, malah ada yang bertanya, “Esok ada lagi tak?”


Kelas lain yang saya sempat sertai ialah kelas membuat aiskrim. Cara paling mudah ialah dengan memasukkan air coklat atau susu vanilla ke dalam beg ziplock kecil. Dalam satu beg ziplock yang lebih besar, masukkan ais batu dan garam. Kemudian letakkan beg ziplock kecil tadi ke dalam beg yang lebih besar, dan goncang selama lebih kurang 5 minit sehingga campurannya menjadi sejuk, pekat, sedikit pejal dan bertekstur seperti aiskrim.


Selepas siap, murid-murid boleh terus menikmati aiskrim yang mereka buat sendiri! 


Dengan sokongan berterusan, lebih ramai kanak-kanak orang asli dapat melihat bahawa ilmu sains dan teknologi juga adalah ruang untuk mereka meneroka dan membangunkan kemahiran penting seperti keupayaan berfikir dan menilai, penyelesaian masalah dan kreativiti.


Sebagai sukarelawan, pengalaman ini mengingatkan saya bahawa setiap aktiviti kecil mampu memberi impak besar kepada sifat ingin tahu, semangat dan minat belajar kanak-kanak dengan cara lebih berinteraktif dan membina keyakinan mereka terhadap pembelajaran STEM.



Comments

Popular Posts

Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan Sultan Abdul Samad, which had been closed for quite some time, has now reopened to the public in February 2026, offering visitors the opportunity to learn about history, appreciate its unique architectural design, and enjoy the gallery experience provided. The building is one of the most iconic historical landmarks in Malaysia. Construction began in 1894 and was completed in 1897 during British rule. It was designed in the Moorish architectural style, clearly reflected in its onion-shaped domes and distinctive arched colonnades. Originally, the building served as an administrative centre, housing key offices such as the High Court and other government departments. Its location facing Dataran Merdeka also made it a silent witness to significant national events, including the declaration of independence in 1957. From a sustainability perspective, the restoration of this building reflects a commitment to sustainable development. Conservation efforts were initiated by the Malaysia...

Witty Game : Breakout at NU Sentral

 I recently went to Breakout at NU Sentral and played “The War for Rembrandt” with two friends. The game is recommended for beginners and has a 65% success rate. From the start, we purposely chose an easier game because we wanted a higher chance of winning, especially since the tickets weren’t cheap. Even the staff suggested we pick a simpler room. Before the game began, we were given a short briefing on the dos and don'ts. Only one person was allowed to bring a phone into the room, as we needed to download their app beforehand for in-game hints and assistance. All our belongings were stored in a provided locker. The game lasted about 50 minutes. Our first impression upon entering the first room was “wow”. It really felt like stepping into a different world. It was definitely a mental challenge. We asked for hints twice, yet still we didn’t make it through the final room in time. We really enjoyed it although we failed. Haha! Breakout is a themed real-life escape room venue located...