Bangunan Sultan Abdul Samad, which had been closed for quite some time, has now reopened to the public in February 2026, offering visitors the opportunity to learn about history, appreciate its unique architectural design, and enjoy the gallery experience provided.
The building is one of the most iconic historical landmarks in Malaysia. Construction began in 1894 and was completed in 1897 during British rule. It was designed in the Moorish architectural style, clearly reflected in its onion-shaped domes and distinctive arched colonnades.
Originally, the building served as an administrative centre, housing key offices such as the High Court and other government departments. Its location facing Dataran Merdeka also made it a silent witness to significant national events, including the declaration of independence in 1957.
From a sustainability perspective, the restoration of this building reflects a commitment to sustainable development. Conservation efforts were initiated by the Malaysian government through the Ministry of Tourism, Arts and Culture Malaysia in collaboration with the Department of National Heritage.
This initiative aims to preserve the building’s historical value while introducing a new function as a tourist attraction that revitalises the heritage space and adds value to the local community.
Preserving heritage is not just about maintaining history and culture. It also ensures that the original structure remains active, functional and properly preserved. This approach is more sustainable compared to demolishing and constructing a new building. The building stands as a symbol of the nation’s journey and identity.
The transformation of this building demonstrates how historical heritage can continue to be appreciated and utilised in a modern context. It proves that old structures can be given a new lease of life through the right approach, ensuring that national heritage remains relevant for future generations.
There are four galleries within the building that showcase the history of Kuala Lumpur, the cultural and architectural diversity of Malaysia, and the nation’s development. Currently, admission is free for Malaysians, while foreign visitors are charged an entrance fee of approximately RM40.
By positioning the building as a tourist attraction, we can see how elements of history, tourism, and the economy are interconnected. The presence of visitors indirectly supports surrounding businesses such as restaurants and cafés, many of which are local Malaysian brands like Bakehouse by KLCG and Kaw Kaw Malaya, as well as souvenir shops offering quality local products.
P/S: I spent approximately two hours at Bangunan Sultan Abdul Samad, visiting each gallery and exploring every level from one end of the building to the other. During my visit, I also took photos and closely observed the building’s architectural details. I even took a short break at one of the cafés inside, enjoying a pastry with a glass of iced Spanish latte.
----------------------------------Malay Translation---------------------------------
Bangunan Sultan Abdul Samad yang telah ditutup sekian lama kini dibuka semula kepada orang awam pada Februari 2026, memberi peluang kepada pengunjung untuk mempelajari sejarah, menghargai keunikan seni bina, serta menikmati pengalaman galeri yang disediakan.
Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan antara bangunan bersejarah paling ikonik di Malaysia. Ia mula dibina pada tahun 1894 dan siap pada tahun 1897 ketika zaman pemerintahan British. Bangunan ini direka dengan gaya seni bina Moorish yang terserlah melalui kubah berbentuk bawang serta lengkungan gerbang yang unik.
Pada asalnya, bangunan ini berfungsi sebagai pusat pentadbiran, menempatkan pejabat penting seperti Mahkamah Tinggi dan jabatan kerajaan. Kedudukannya di hadapan Dataran Merdeka turut menjadikannya saksi sejarah kepada peristiwa penting negara, termasuk pengisytiharan kemerdekaan pada tahun 1957.
Dari sudut kelestarian, pemuliharaan bangunan ini juga mencerminkan pendekatan pembangunan mampan (sustainability). Usaha pemuliharaan telah dimulakan oleh kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara.
Inisiatif ini bertujuan memastikan bangunan bersejarah ini terus dipelihara dari segi nilai sejarahnya, di samping diberi fungsi baharu sebagai tarikan pelancongan yang menghidupkan semula ruang warisan serta memberi nilai tambah kepada komuniti setempat.
Usaha memelihara warisan bukan sekadar menjaga sejarah dan budaya, malah mengekalkan struktur asal bangunan daripada terbiar serta lebih lestari, berbanding merobohkan dan membina bangunan baharu. Ia adalah simbol kepada perjalanan dan identiti negara.
Transformasi bangunan ini menunjukkan bagaimana warisan lama boleh terus dihargai dan dimanfaatkan dalam konteks moden. Ia membuktikan bahawa bangunan lama masih boleh diberi nafas baharu melalui pendekatan yang sesuai, sekali gus memastikan warisan negara terus dihargai oleh generasi akan datang.
Terdapat empat galeri di dalam bangunan ini yang memaparkan sejarah Kuala Lumpur, budaya dan seni bina pelbagai kaum di Malaysia dan perkembangan negara. Sementara ini, kemasukan adalah percuma untuk rakyat Malaysia, manakala pelawat asing dikenakan bayaran tiket galeri sekitar RM40.
Dengan menjadikan bangunan ini sebagai tarikan pelancongan, kita dapat melihat bagaimana elemen sejarah, pelancongan dan ekonomi saling berkait. Kehadiran pelawat secara tidak langsung menyokong perniagaan di kawasan sekitar seperti restoran dan kafe, yang kebanyakannya merupakan jenama tempatan Malaysia seperti Bakehouse by KLCG dan Kaw Kaw Malaya, serta butik cenderamata tempatan yang menawarkan produk berkualiti.
p/s Saya telah meluangkan kira-kira dua jam di Bangunan Sultan Abdul Samad, dengan melawati setiap galeri dan meneroka setiap tingkat dari satu hujung bangunan ke hujung yang lain. Sepanjang lawatan tersebut, saya turut mengambil gambar serta mengamati dengan lebih dekat keunikan seni bina bangunan ini. Saya juga sempat berehat dan menikmati suasana di salah satu kafe di dalam Bangunan Sultan Abdul Samad sambil menikmati pastri bersama segelas ais Spanish latte.

Comments
Post a Comment