Skip to main content

5 Tip Rutin Harian Yang Mudah diamalkan untuk Pembangunan Diri

Apa rutin anda setiap hari? Bermula daripada bangun tidur, menjalani waktu siang hari sehingga tidur semula? Kita mungkin tidak perasan bahawa habit yang kita buat setiap hari menjadi rutin harian kita. Bagaimana rutin harian menyumbang pembangunan diri?

Contoh, seseorang yang suka minum kopi setiap pagi, jika dia tidak dapat minum kopi panasnya, ia boleh mengganggu rutin kerjanya. Ia seperti kekurangan sesuatu dalam aktiviti hari itu. Produktiviti dia boleh terganggu.


Saya kongsikan di sini contoh rutin yang nampak remeh tetapi bagus dan mudah untuk diamalkan:-

1-Sejurus bangun dari tidur, kemaskan tempat tidur kita dan bersihkan diri. Kehidupan bermula jika katil anda kemas. Ia setkan minda bahawa hari ini telah bermula. Bukankah lebih menyegarkan jika anda mandi sebelum memulakan hari anda? 


2-Minum segelas air masak sebelum makan apa-apa selepas bangun pagi. Ia bermanfaat terutama untuk kesihatan usus. Ini adalah rutin mudah untuk dilakukan.


3-Jika anda bekerja, catit apa yang perlu anda lakukan keesokkan harinya supaya anda tahu apa yang patut anda buat. Ia seperti senarai tugas atau senarai semak anda.

Pada masa yang sama, anda tidak membebankan minda dan boleh fokus kepada masa bersama keluarga. Keesokkan harinya anda boleh terus merujuk catatan itu dan memulakan tugasan mengikut keutamaan.


4-Gaya hidup sihat bukan sahaja melalui rutin senaman tetapi pengambilan makanan seimbang juga sangat penting dalam rutin harian kita. Jika kita sihat, produktiviti kita meningkat.

Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan, kurangkan pengambilan karbohidrat dan gula berlebihan. 

Pengambilan sarapan pagi juga penting, jangan abaikan sarapan pagi ya. Bersenam pula tidak perlu setiap hari, cukuplah minima 3 kali seminggu.


5-Hiburkan diri anda atau luangkan masa untuk ‘me time’. Cuba selitkan sekurang-kurangnya 15 minit ke 30 minit sehari. Anda tentukan waktu yang paling sesuai dan pastikan tiada gangguan pada waktu itu. 

Mungkin seawal pagi di mana tiada ahli keluarga yang bangun dahulu atau membeli air kegemaran dan duduk menikmati masa emas itu. 

Boleh juga mendengar musik yang boleh menaikkan semangat anda atau menenangkan minda anda. 

Ia mampu menyegarkan minda supaya anda senyum semula apabila keluar dari zon ‘me time’ itu. 


Rutin harian mengajar kita disiplin diri. Jika kita bertanggungjawab terhadap diri sendiri, pasti kerja kita yang lain akan lebih teratur dan efektif. 

Rutin yang baik dan dilakukan secara konsisten, membantu pembangunan diri. Sedar atau tidak, tabiat yang baik akan menyumbang kepada produktiviti positif. 

Begitu juga jika tabiat yang tidak elok diamalkan, lama kelamaan akan mengganggu fokus kita. Sebagai contoh, jika kita selalu tidur lambat, badan boleh menjadi lesu dan akhirnya mengganggu kesihatan.

Putaran rutin membantu kita mengamalkan sesuatu dengan lebih baik dan teratur.  Percayalah, rutin yang bagus akan memberi impak positif pada aktiviti-akiviti kehidupan kita. 


artikel lain

note : freelancewriter, ghostwriter malaysia, ghostwriting, servismenulis, penulisupahan, articlewriter, articlewriting

Comments

Popular Posts

Volunteer sekolah orang asli

 Pada 18 November yang lalu, saya menjadi sukarelawan di bawah sebuah organisasi bernama Bila Bila Odyssey, yang menganjurkan satu program di SK Bukit Bangkong (A), sebuah sekolah Orang Asli berhampiran Sungai Pelek, dalam kawasan komuniti Mah Meri. Sekolah tersebut mempunyai kurang daripada 120 orang murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Program yang dijalankan berfokus kepada STEM, dan murid-murid dibahagikan kepada enam kelas. Saya ditugaskan untuk mengajar mereka cara membuat plastisin sebagai salah satu aktiviti pembelajaran. Setiap sesi dijalankan selama lebih kurang 15 minit. Saya sendiri sebenarnya turut belajar bersama kanak-kanak ini. Secara ringkas, cara membuat plastisin bermula dengan mencampurkan 10 sudu tepung dan 1 sudu garam, kemudian digaul rata. Dalam bekas lain, air dicampurkan dengan pewarna makanan dan untuk kelas ini kami menggunakan warna merah dan biru. . Air berwarna itu dituangkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung tadi, lalu diuli sehingga adunan...

Witty Game : Breakout at NU Sentral

 I recently went to Breakout at NU Sentral and played “The War for Rembrandt” with two friends. The game is recommended for beginners and has a 65% success rate. From the start, we purposely chose an easier game because we wanted a higher chance of winning, especially since the tickets weren’t cheap. Even the staff suggested we pick a simpler room. Before the game began, we were given a short briefing on the dos and don'ts. Only one person was allowed to bring a phone into the room, as we needed to download their app beforehand for in-game hints and assistance. All our belongings were stored in a provided locker. The game lasted about 50 minutes. Our first impression upon entering the first room was “wow”. It really felt like stepping into a different world. It was definitely a mental challenge. We asked for hints twice, yet still we didn’t make it through the final room in time. We really enjoyed it although we failed. Haha! Breakout is a themed real-life escape room venue located...

That Wānaka Tree

I was scrolling through my IG when one post caught my eye — a tree. Because the picture was so beautiful, I read the caption. It’s about a famous tree in NZ called the Wānaka Tree. So, I did some research, and here’s some interesting info. A willow tree grows at the edge of Lake Wanaka, on the South Island of New Zealand. It may just be a tree, but it gained popularity among tourists due to its photographic appeal, with a mountainous backdrop and its stunning reflection in the water. Its fame soared when photographer Dennis Radermacher won the New Zealand Geographic Photograph of the Year in 2014. It goes back to the 1930s when a farmer planted willow branches into the ground to make fence posts. It was meant to be just a fence post, part of a line to stop animals from wandering around the lake’s edge. But nature had other plans. That branch took root and grew into a tree. Against all odds, and unbelievably, it is now one of the most photographed sights in New Zealand tourism and has g...