Skip to main content

DESARU 3 Hari 2 Malam

Lama sangat simpan short sharing nih..bulan Oktober tahun lepas, saya dan keluarga pergi ke Desaru untuk cuti-cuti Malaysia selepas lama kita PKP.

Kami tidur di Westin Hotel 2 malam. Trip kali ni memang dah siap-siap nak santai dan makan sedap.

Maybe sebab dah lama tak bercuti, I feel so relieved and excited untuk percutian kali ni. Lobi Westin Hotel besar and I can see the impression of an open space concept. You boleh rasa angin laut, berangin sungguh.  

Laut di Westin Hotel adalah private beach. No wonder nampak bersih dan terjaga. How do I know? Pagi terakhir I bangun awal dan mandi di pantai. Rupanya ada jentolak yang akan meratakan pasir, sebab tu nampak pasir flat. 

Kami hanya makan kawasan berdekatan kerana nak menggunakan masa sebaiknya dan berbaloi wang ringgit dengan menggunakan facilities yang ada di persekitaran Desaru Coast sahaja. So kenalah bawa duit poket lebih sikit. Dua hari kat sana, dua hari jugak mandi laut and pool. 

Makan malam di salah satu restoran di Hard Rock Hotel. Nama Restaurant ialah Sessions Restaurant. Servis agak lambat tapi food yang kami order sedap. Maybe sebab dah tanya dengan kawan lain apa menu dekat situ yang sedap. Food mahal kena make sure sedap ;p 

We were recommended to order mee goreng mamak and mee kari. 

Makan tengah hari pula di Restoran Nelayan yang terletak di dalam Hotel Tunamaya. Pilihan seafood banyak. Ada pakej masa kami pergi. So pilih pakej dan tambah additional lauk sebab kami ramai, 7 orang. Memang order antaranya udang, ikan, sotong dan lobster. Fuhh, memang kenyang sangat.

Hari check out, kami plan nak cari makan seafood goreng tepung macam ikan caru, sotong, udang, ketam dan lain-lain. Malangnya kedai yang adik nak bawa tutup hari tu, maka kami google dan ada rupanya gerai goreng tepung di tepi sungai. Bila adik compare harga, lagi murah sikit.   

Kawasan tu agak masuk ke dalam. Kami lalu kawasan pokok kelapa sawit dengan jalan yang sempit sikit. Tapi ikut juga Waze dan akhirnya jumpa. Kawasan kedai tu di Sedili dan boleh google tempat tu as Celop-Celop 5A. You cannot expect cozy place sangat la, dia ala tepian jeti style. Kami tak kisah sangat and we enjoyed the snacking of celop-celop goreng tepung kat situ.

So, that’s it. Hopefully ada points yang dikongsi boleh digunakan as reference :)

 

Comments

Popular Posts

Volunteer sekolah orang asli

 Pada 18 November yang lalu, saya menjadi sukarelawan di bawah sebuah organisasi bernama Bila Bila Odyssey, yang menganjurkan satu program di SK Bukit Bangkong (A), sebuah sekolah Orang Asli berhampiran Sungai Pelek, dalam kawasan komuniti Mah Meri. Sekolah tersebut mempunyai kurang daripada 120 orang murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Program yang dijalankan berfokus kepada STEM, dan murid-murid dibahagikan kepada enam kelas. Saya ditugaskan untuk mengajar mereka cara membuat plastisin sebagai salah satu aktiviti pembelajaran. Setiap sesi dijalankan selama lebih kurang 15 minit. Saya sendiri sebenarnya turut belajar bersama kanak-kanak ini. Secara ringkas, cara membuat plastisin bermula dengan mencampurkan 10 sudu tepung dan 1 sudu garam, kemudian digaul rata. Dalam bekas lain, air dicampurkan dengan pewarna makanan dan untuk kelas ini kami menggunakan warna merah dan biru. . Air berwarna itu dituangkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung tadi, lalu diuli sehingga adunan...

Witty Game : Breakout at NU Sentral

 I recently went to Breakout at NU Sentral and played “The War for Rembrandt” with two friends. The game is recommended for beginners and has a 65% success rate. From the start, we purposely chose an easier game because we wanted a higher chance of winning, especially since the tickets weren’t cheap. Even the staff suggested we pick a simpler room. Before the game began, we were given a short briefing on the dos and don'ts. Only one person was allowed to bring a phone into the room, as we needed to download their app beforehand for in-game hints and assistance. All our belongings were stored in a provided locker. The game lasted about 50 minutes. Our first impression upon entering the first room was “wow”. It really felt like stepping into a different world. It was definitely a mental challenge. We asked for hints twice, yet still we didn’t make it through the final room in time. We really enjoyed it although we failed. Haha! Breakout is a themed real-life escape room venue located...

Buat MyKad Baharu di JPN Petaling Jaya (PJ)

Minggu lepas, I finally decided untuk renew MyKad kat JPN Petaling Jaya. IC lama I sebenarnya cip masih berfungsi, boleh scan dan guna macam biasa. Tapi fizikal kad tu bahagian tepi dah terkopek-kopek sampai I terpaksa tampal dengan salotep. Kad tu jadi macam tu sebab dulu I guna as Touch ‘n Go. Lepas 2–3 tahun guna hari-hari, especially masa travel naik public transport, makin lama makin lunyai. So, I stop guna sebagai TnG and just simpan elok-elok… memang nampak sangat wear and tear IC tu. Cumanya, setiap kali urusan rasmi macam di bank, bila diminta IC, reaksi pegawai selalunya terkejut tengok rupa IC tu. Setiap kali I akan explain, seganlah juga. Jadi, selepas bertahun-tahun (kali terakhir renew pada tahun 2011), akhirnya I pergi JPN PJ.  Sampai sana around 2pm. Parking memang ada, tak payah risau. I terus masuk, ambil nombor giliran. Masa tu pukul 2.09pm. Tunggu tak lama, dalam 2.43pm I dah kena panggil. Proses dia cepat je, ambil gambar baru and check butiran semua. I hanya d...