I saja nak kongsi pasal journey I
nak belajar kripto which is end up I choose
Bitcoin.
I know ada jenis kripto lain, but
I pilih Bitcoin sebab Luno.
Luno pula as of now dapat
kelulusan Suruhanjaya Sekuriti(SC) untuk crypto Bitcoin and Ethereum.
Jadi bolehlah I tukarkan my Ringgit to mata wang digital iaitu Bitcoin atau Ethereum.
Kripto lain ada banyak lagi murah
dari Bitcoin, tapi sebab takda dalam Luno, I kurang confident. Terpulang kepada
keyakinan investor.
Macam I, I tak nak pening-pening
sangat kalau platform tak register dengan SC. Rasa lebih selamat begitu.
So, Macam mana register? Sebab I dah
register and masih fresh dalam ingatan, so I share here.
Masa registration, Luno akan minta:-
1) Isi nama, alamat dan IC.
2) Minta gambar IC/lesen untuk verification.
3) You kena ambil gambar selfie untuk tunjukkan muka sama dengan IC/lesen.
Agak straight forward
registration dia. Dalam 5-10 minit dah siap.
Kemudian, tunggulah beberapa hari
untuk Luno team buat checking. Nanti dia hantar emel berjaya ke tak. Macam I
punya, dia check dalam 2-3 hari sahaja.
*******************
Sebelum ni tak tahu pasal Bitcoin. So bila I google Bitcoin Malaysia, Luno akan keluar dalam result search. Tak nampak pula platform lain.
So I share here untuk reference orang lain. I guess paling popular memang Luno. Tapi ada operator lain.
1) Luno Malaysia Sdn. Bhd.
2) MX Global Sdn Bhd
3) SINEGY Technologies (M) Sdn. Bhd
4) Tokenize Technology (M) Sdn. Bhd.
Masa nak beli tu, LUNO akan tanya
nak guna bank transfer ke FPX? Kat sini I macam tertanya apa beza? So baca
gitu2, I nampak FPX senang. Nama pun instant transfer.
(Disclaimer: I scroll laju-laju..
LUNO memang ada share FAQ. Boleh baca. Somehow FPX lagi senang untuk I)
Yang ni baru add duit dalam
wallet LUNO, belum beli crypto lagi. Tunggu few minutes je transfer. Then I bought
my first ever Bitcoin with RM100. (30 Nov)
Ada service charge 2% from RM100
tu, so my BTC is RM98.
Comments
Post a Comment