Skip to main content

Keganasan Rumah Tangga : Isyarat Tangan Tolong Saya!

Baru-baru ini seorang remaja perempuan di Amerika Syarikat telah dapat diselamatkan kerana menggunakan isyarat tangan yang viral di Tik Tok. Dia berada di dalam sebuah kenderaan dan seorang pemandu lain terlihatnya. 

Remaja itu melakukan isyarat pertolongan dengan pergerakan tangannya. Mujur pemandu itu  memahami isyarat tangan itu. Lalu pemandu itu menelefon 911.

Apakah maksud isyarat tangan itu? Ia adalah isyarat pertolongan bagi mangsa keganasan rumah tangga atau domestic violence. Kempen ini telah diperkenalkan oleh Canadian Women’s Foundation berikutan peningkatan keganasan domestik akibat lockdown yang berpanjangan ketika awal-awal pandemik Covid-19 berlaku.

Isyarat tangan itu sangat mudah bagi mangsa kerana tidak perlu menggunakan kata-kata tetapi hanya melakukan isyarat tangan ringkas. 

Caranya ialah menghalakan tapak tangan ke kamera, kemudian menggenggam ibu jari di dalam tapak tangan anda. 

                           
    Gambar : Canadian Women’s Foundation

Mangsa tidak perlu berkomunikasi atau menjerit meminta pertolongan. Kebanyakan mangsa berada dalam ketakutan dan mereka sukar mendapatkan pertolongan kerana risau pemangsa akan mendengar jika mereka bersuara. 

Jadi pengenalan kempen yang membantu mangsa keganasan rumah tangga dengan menggunakan isyarat tangan sebegini mampu menyelamatkan dan melindungi mangsa daripada terus teraniaya. 

Sebagai masyarakat, kita perlu peka dengan keadaan sekeliling. Mungkin ada yang memberi isyarat tetapi masyarakat tidak pula tahu tentang isyarat pertolongan ini.

Isyarat ni pada awal pengenalannya untuk mereka di rumah, tetapi boleh saja dilakukan di mana-mana asalkan orang lain melihat mangsa dan memahami maksud pergerakan itu. Di sinilah pentingnya sifat ambil tahu sebagai seorang yang bertanggungjawab. 

Jika kempen diperluaskan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan NGO, kesedaran dapat disebarkan kepada masyarakat umum dengan lebih meluas. 

Peranan media massa sangat signifikan terutama di era digital ini dengan capaian media sosial yang lebih pantas, interaktif dan relevan. 

Kesedaran orang awam dapat menyelamatkan mangsa keganasan rumah tangga. 

Ingat semula caranya? Halakan tapak tangan ke kamera, kemudian menggenggam ibu jari di dalam tapak tangan anda. 

Berkongsilah dengan ahli keluarga dan rakan-rakan agar kita lebih menyedari dan terdidik dengan pertolongan sosial ini. 

Jika suatu hari kita berdepan dengan situasi begini, kita tahu apa maksud isyarat tangan itu. Kemudian bersegeralah untuk melaporkan kepada pihak polis.

#kitajagakita #tanggungjawabsosial

 

Comments

Popular Posts

Decathlon giving back to community

 I recently attended a free Zumba class at the Decathlon PJ branch, which is part of their regular weekly activities that include Zumba, yoga, and more. These activities are often offered at a minimal fee, with occasional free classes for the community, perhaps once a month. The atmosphere was lively, with families playing ping pong and children riding small bikes within the venue, adding to the sense of community. This initiative by Decathlon is a fantastic example of how a business can give back to local residents while promoting a healthy and active lifestyle. I haven’t seen other sports retailers in Malaysia adopt a similar approach. While Decathlon remains a business, they’ve successfully integrated CSR activities by fostering a sports culture through the free or affordable use of their facilities, like badminton, basketball, and futsal courts in selected branches, including those in Selangor, Johor Bahru, and Penang. Classes like Zumba, Pound, and Yoga/Pilates are also availa...

Volunteer sekolah orang asli

 Pada 18 November yang lalu, saya menjadi sukarelawan di bawah sebuah organisasi bernama Bila Bila Odyssey, yang menganjurkan satu program di SK Bukit Bangkong (A), sebuah sekolah Orang Asli berhampiran Sungai Pelek, dalam kawasan komuniti Mah Meri. Sekolah tersebut mempunyai kurang daripada 120 orang murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Program yang dijalankan berfokus kepada STEM, dan murid-murid dibahagikan kepada enam kelas. Saya ditugaskan untuk mengajar mereka cara membuat plastisin sebagai salah satu aktiviti pembelajaran. Setiap sesi dijalankan selama lebih kurang 15 minit. Saya sendiri sebenarnya turut belajar bersama kanak-kanak ini. Secara ringkas, cara membuat plastisin bermula dengan mencampurkan 10 sudu tepung dan 1 sudu garam, kemudian digaul rata. Dalam bekas lain, air dicampurkan dengan pewarna makanan dan untuk kelas ini kami menggunakan warna merah dan biru. . Air berwarna itu dituangkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung tadi, lalu diuli sehingga adunan...

Witty Game : Breakout at NU Sentral

 I recently went to Breakout at NU Sentral and played “The War for Rembrandt” with two friends. The game is recommended for beginners and has a 65% success rate. From the start, we purposely chose an easier game because we wanted a higher chance of winning, especially since the tickets weren’t cheap. Even the staff suggested we pick a simpler room. Before the game began, we were given a short briefing on the dos and don'ts. Only one person was allowed to bring a phone into the room, as we needed to download their app beforehand for in-game hints and assistance. All our belongings were stored in a provided locker. The game lasted about 50 minutes. Our first impression upon entering the first room was “wow”. It really felt like stepping into a different world. It was definitely a mental challenge. We asked for hints twice, yet still we didn’t make it through the final room in time. We really enjoyed it although we failed. Haha! Breakout is a themed real-life escape room venue located...