Skip to main content

5 Fakta ‘Short and Sweet’ Tentang Richard Branson

Richard Branson, tokoh usahawan dari Britain, dilahirkan di Surrey England pada 18 July 1950. Umum mengetahui beliau pemilik Virgin Atlantic, syarikat penerbangan yang mencipta keuntungan berbilion dollar dengan konsep penerbangan bajetnya.

1. Tapi tahukah anda, beliau seorang penghidap disleksia. Zaman persekolahannya, beliau menghadapi kesukaran dalam pembelajaran dan akhirnya beliau berhenti sekolah pada umur 16 tahun. Tapi ini menjadi titik tolak beliau ke dalam dunia perniagaan dan sekaligus membuktikan beliau boleh berjaya sungguhpun mempunyai gejala disleksia.

2. Selain Virgin Records, projek keusahawanan beliau berkembang kepada pelbagai industri seperti Virgin Galactic iaitu syarikat pelancongan angkasa, Envision Virgin Racing iaitu syarikat pemotoran dan perlumbaan, Virgin Care iaitu syarikat dalam bidang kesihatan dan banyak lagi. Beliau berani mencuba dan memperluaskan empayar perniagaan kepada cabang industri yang berbeza-beza.

3. Beliau seorang dermawan dan mengasaskan sebuah organisasi berasaskan bukan keuntungan bernama Virgin Unite. Beliau mempunyai pengaruh amal dan usaha amal di kalangan usahawan-usahawan terkaya dunia. Virgin Unite antaranya menyokong isu kemanusiaan, alam sekitar, perubahan iklim, memperkasakan usahawan muda dan membantu komuniti yang memerlukan.

4. Richard Branson yang memiliki Virgin Racing dan Tony Fernandes yang memiliki Lotus Racing pernah membuat pertaruhan permotoran di mana siapa yang kalah dalam musim F1 ketika itu, perlu menjadi pramugari dan bekerja di dalam salah satu penerbangan milik pemenang. Richard Branson kalah dalam pertaruhan itu, dan dia mengotakan janjinya dengan menjadi pramugari di penerbangan Air Asia dari Perth ke Kuala Lumpur. Ternyata beliau bersifat lucu dan berpegang pada janji!

5. Beliau membeli pulau Necker pada umur 28 tahun, hanya selepas 6 tahun menubuhkan Virgin Group. Namun apabila Covid-19 melanda, beliau terpaksa menawarkan pulau peribadinya sebagai jaminan perniagaannya yang sangat terkesan dengan kejatuhan sektor pelancongan di serata dunia. Pulau Necker diletakkan sebagai cagaran untuk pinjaman komersial untuk menyelamatkan Virgin Atlantic.

Beliau adalah tokoh yang boleh dijadikan inspirasi kepada usahawan anak muda. Beliau pernah mengungkapkan, “Jangan malu dengan kegagalan kamu, tetapi belajarlah daripadanya dan bermula semula.”

Comments

Popular Posts

Decathlon giving back to community

 I recently attended a free Zumba class at the Decathlon PJ branch, which is part of their regular weekly activities that include Zumba, yoga, and more. These activities are often offered at a minimal fee, with occasional free classes for the community, perhaps once a month. The atmosphere was lively, with families playing ping pong and children riding small bikes within the venue, adding to the sense of community. This initiative by Decathlon is a fantastic example of how a business can give back to local residents while promoting a healthy and active lifestyle. I haven’t seen other sports retailers in Malaysia adopt a similar approach. While Decathlon remains a business, they’ve successfully integrated CSR activities by fostering a sports culture through the free or affordable use of their facilities, like badminton, basketball, and futsal courts in selected branches, including those in Selangor, Johor Bahru, and Penang. Classes like Zumba, Pound, and Yoga/Pilates are also availa...

Volunteer sekolah orang asli

 Pada 18 November yang lalu, saya menjadi sukarelawan di bawah sebuah organisasi bernama Bila Bila Odyssey, yang menganjurkan satu program di SK Bukit Bangkong (A), sebuah sekolah Orang Asli berhampiran Sungai Pelek, dalam kawasan komuniti Mah Meri. Sekolah tersebut mempunyai kurang daripada 120 orang murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Program yang dijalankan berfokus kepada STEM, dan murid-murid dibahagikan kepada enam kelas. Saya ditugaskan untuk mengajar mereka cara membuat plastisin sebagai salah satu aktiviti pembelajaran. Setiap sesi dijalankan selama lebih kurang 15 minit. Saya sendiri sebenarnya turut belajar bersama kanak-kanak ini. Secara ringkas, cara membuat plastisin bermula dengan mencampurkan 10 sudu tepung dan 1 sudu garam, kemudian digaul rata. Dalam bekas lain, air dicampurkan dengan pewarna makanan dan untuk kelas ini kami menggunakan warna merah dan biru. . Air berwarna itu dituangkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung tadi, lalu diuli sehingga adunan...

Witty Game : Breakout at NU Sentral

 I recently went to Breakout at NU Sentral and played “The War for Rembrandt” with two friends. The game is recommended for beginners and has a 65% success rate. From the start, we purposely chose an easier game because we wanted a higher chance of winning, especially since the tickets weren’t cheap. Even the staff suggested we pick a simpler room. Before the game began, we were given a short briefing on the dos and don'ts. Only one person was allowed to bring a phone into the room, as we needed to download their app beforehand for in-game hints and assistance. All our belongings were stored in a provided locker. The game lasted about 50 minutes. Our first impression upon entering the first room was “wow”. It really felt like stepping into a different world. It was definitely a mental challenge. We asked for hints twice, yet still we didn’t make it through the final room in time. We really enjoyed it although we failed. Haha! Breakout is a themed real-life escape room venue located...