Skip to main content

Proofreader : Dokumen NOSS

Baru-baru ini, saya telah dipanggil oleh kontraktor/vendor untuk menyertai bengkel NOSS (Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan). Ini merupakan tahun kedua saya dijemput sebagai proofreader. 

Bengkel ini melibatkan ramai ahli panel yang berpengalaman serta pakar dalam bidang masing-masing. Mereka berbincang, menyusun dan menghasilkan dokumen-dokumen penting yang akan dijadikan rujukan utama dalam menetapkan piawaian kemahiran pekerjaan mengikut keperluan industri.

Mereka telah melalui beberapa sesi untuk merangka dokumen tersebut, dan saya berpeluang menyertai di peringkat akhir proses ini. Rasa bangga jugalah kerana dapat menjadi sebahagian daripada kumpulan ini, walaupun sumbangan saya hanya kecil iaitu menyunting dokumen pada sesi akhir. 


***********************************************************************


NOSS (National Occupational Skills Standard) ialah satu sistem standard kemahiran pekerjaan yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia. NOSS membantu institusi latihan, majikan, dan pekerja merancang program latihan kemahiran. Ia berfungsi sebagai rujukan untuk melihat kemahiran apa yang diperlukan bagi sesuatu pekerjaan, supaya mereka boleh tahu apakah yang perlu dikuasai oleh seseorang pekerja. 

Program berasaskan NOSS lebih menekankan kepada kemahiran praktikal dan latihan vokasional berbanding kelayakan akademik seperti SPM. Sektor-sektor yang paling ramai pekerja berkemahiran NOSS adalah pembuatan dan perkhidmatan. Sebagai contoh, seorang tukang kayu yang bekerja di sektor pembuatan mungkin menerima gaji rendah kerana majikan tidak yakin sepenuhnya dengan tahap kemahirannya tanpa sijil yang sah, walaupun dia telah bekerja bertahun-tahun dalam bidang tersebut. Contoh lain, seorang pekerja mekanik mungkin mahir membaiki kenderaan, tetapi tiada sistem standard yang mengiktiraf tahap kemahirannya. Majikan hanya boleh menilai berdasarkan pengalaman atau percubaan kerja, yang mungkin berbeza di antara satu majikan dengan majikan lain. Seorang chef yang belajar secara tidak formal, misalnya belajar daripada keluarga atau pengalaman sendiri, mungkin mahir memasak, tetapi apabila memohon kerja di hotel besar, dia tidak diterima kerana tiada sijil rasmi atau pengiktirafan kemahiran.

Dengan NOSS, peserta yang berjaya menamatkan latihan akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Terdapat beberapa tahap sijil bergantung kepada tahap kemahiran yang dicapai dan setiap tahap ini membantu pekerja meningkatkan peluang pekerjaan dan kenaikan gaji dengan bukti kemahiran yang diiktiraf secara rasmi. Pekerja lebih mudah mendapat pekerjaan dengan gaji yang lebih baik kerana mereka diiktiraf sebagai tenaga kerja yang kompeten.


Comments

Popular Posts

Volunteer sekolah orang asli

 Pada 18 November yang lalu, saya menjadi sukarelawan di bawah sebuah organisasi bernama Bila Bila Odyssey, yang menganjurkan satu program di SK Bukit Bangkong (A), sebuah sekolah Orang Asli berhampiran Sungai Pelek, dalam kawasan komuniti Mah Meri. Sekolah tersebut mempunyai kurang daripada 120 orang murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Program yang dijalankan berfokus kepada STEM, dan murid-murid dibahagikan kepada enam kelas. Saya ditugaskan untuk mengajar mereka cara membuat plastisin sebagai salah satu aktiviti pembelajaran. Setiap sesi dijalankan selama lebih kurang 15 minit. Saya sendiri sebenarnya turut belajar bersama kanak-kanak ini. Secara ringkas, cara membuat plastisin bermula dengan mencampurkan 10 sudu tepung dan 1 sudu garam, kemudian digaul rata. Dalam bekas lain, air dicampurkan dengan pewarna makanan dan untuk kelas ini kami menggunakan warna merah dan biru. . Air berwarna itu dituangkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung tadi, lalu diuli sehingga adunan...

Witty Game : Breakout at NU Sentral

 I recently went to Breakout at NU Sentral and played “The War for Rembrandt” with two friends. The game is recommended for beginners and has a 65% success rate. From the start, we purposely chose an easier game because we wanted a higher chance of winning, especially since the tickets weren’t cheap. Even the staff suggested we pick a simpler room. Before the game began, we were given a short briefing on the dos and don'ts. Only one person was allowed to bring a phone into the room, as we needed to download their app beforehand for in-game hints and assistance. All our belongings were stored in a provided locker. The game lasted about 50 minutes. Our first impression upon entering the first room was “wow”. It really felt like stepping into a different world. It was definitely a mental challenge. We asked for hints twice, yet still we didn’t make it through the final room in time. We really enjoyed it although we failed. Haha! Breakout is a themed real-life escape room venue located...

That Wānaka Tree

I was scrolling through my IG when one post caught my eye — a tree. Because the picture was so beautiful, I read the caption. It’s about a famous tree in NZ called the Wānaka Tree. So, I did some research, and here’s some interesting info. A willow tree grows at the edge of Lake Wanaka, on the South Island of New Zealand. It may just be a tree, but it gained popularity among tourists due to its photographic appeal, with a mountainous backdrop and its stunning reflection in the water. Its fame soared when photographer Dennis Radermacher won the New Zealand Geographic Photograph of the Year in 2014. It goes back to the 1930s when a farmer planted willow branches into the ground to make fence posts. It was meant to be just a fence post, part of a line to stop animals from wandering around the lake’s edge. But nature had other plans. That branch took root and grew into a tree. Against all odds, and unbelievably, it is now one of the most photographed sights in New Zealand tourism and has g...