Skip to main content

7 Pertalian rapat Muzik dan Mood

 Muzik itu bisa mengusik hati. Kehebatan muzik boleh memberi kesan pada naik turun mood seseorang. Pada kebanyakan aktiviti, muzik lebih menceriakan suasana. Tidak kira semasa majlis, ketika berkerja di pejabat atau mengemas rumah; mendengar lagu-lagu yang kita suka membuatkan aktiviti lebih menyeronokkan.


1.Dalam konteks sedikit saintifik, muzik memberi kesan pada pengeluaran dopamin. Ia diproses di amigdala, bahagian otak yang terlibat dengan urusan emosi. Tidak hairan jika muzik dapat mengurangkan rasa sedih dan murung, dengan berlalunya masa bertukar menjadi tenang dan gembira. 


2.Muzik perlahan dengan irama yang lembut memberi kesan pengurangan tekanan lalu menenangkan sistem saraf. Sebab itu kalau pergi ke spa, hanya lagu-lagu baroque atau instrumental perlahan sahaja yang diputarkan tanpa henti.


3.Muzik rock dengan rentak yang kuat dan bertenaga pada sesetengah orang dapat melepaskan emosi. Bila dalam keadaan geram atau bengang, mereka dapat meluahkan perasaan negatif itu dan berasa lega selepas mendengarnya. 


4.Muzik jazz dengan irama yang sedikit kompleks boleh merangsang kreativiti seseorang, sekali gus meningkatkan motivasi dan mood. 


5.Begitulah kaitan muzik dengan ransangan otak. Tempo, irama dan nada yang menarik boleh merangsang aktiviti saraf lalu meningkatkan prestasi kognitif. Proses kognitif pula bersangkut paut dengan emosi, perhatian, memori, pemikiran dan kreativiti.


6.Jika mendengar muzik, lazimnya badan kita turut bergerak mengikut irama. Lebih-lebih lagi bila kita menghayati momen itu. Rasa bagaikan terapi, dapat mengenyahkan rasa berat dalam hati. Seperti menjumpai pintu keluar untuk menghilangkan kekecewaan, selepas mengharungi situasi yang membebankan.


7.Ada kajian mengatakan muzik juga membantu seseorang berasa lebih yakin, seiringan dengan pemikiran atau set minda mahu mencapai sesuatu matlamat. Kalau perasan, perenang ada yang memakai fon kepala sebelum pertandingan. Ia adalah persediaan untuk fokus, mengawal gemuruh dan meningkatkan semangat untuk buat yang terbaik.  


Lagu apa ada dalam senarai muzik anda buat masa sekarang? Selagi melodi mendorong semangat dan pemangkin kerja yang lebih baik, dengarlah sepuas-puasnya. Janji kerja siap pada waktu yang sepatutnya.


Comments

Popular Posts

Volunteer sekolah orang asli

 Pada 18 November yang lalu, saya menjadi sukarelawan di bawah sebuah organisasi bernama Bila Bila Odyssey, yang menganjurkan satu program di SK Bukit Bangkong (A), sebuah sekolah Orang Asli berhampiran Sungai Pelek, dalam kawasan komuniti Mah Meri. Sekolah tersebut mempunyai kurang daripada 120 orang murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Program yang dijalankan berfokus kepada STEM, dan murid-murid dibahagikan kepada enam kelas. Saya ditugaskan untuk mengajar mereka cara membuat plastisin sebagai salah satu aktiviti pembelajaran. Setiap sesi dijalankan selama lebih kurang 15 minit. Saya sendiri sebenarnya turut belajar bersama kanak-kanak ini. Secara ringkas, cara membuat plastisin bermula dengan mencampurkan 10 sudu tepung dan 1 sudu garam, kemudian digaul rata. Dalam bekas lain, air dicampurkan dengan pewarna makanan dan untuk kelas ini kami menggunakan warna merah dan biru. . Air berwarna itu dituangkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung tadi, lalu diuli sehingga adunan...

Witty Game : Breakout at NU Sentral

 I recently went to Breakout at NU Sentral and played “The War for Rembrandt” with two friends. The game is recommended for beginners and has a 65% success rate. From the start, we purposely chose an easier game because we wanted a higher chance of winning, especially since the tickets weren’t cheap. Even the staff suggested we pick a simpler room. Before the game began, we were given a short briefing on the dos and don'ts. Only one person was allowed to bring a phone into the room, as we needed to download their app beforehand for in-game hints and assistance. All our belongings were stored in a provided locker. The game lasted about 50 minutes. Our first impression upon entering the first room was “wow”. It really felt like stepping into a different world. It was definitely a mental challenge. We asked for hints twice, yet still we didn’t make it through the final room in time. We really enjoyed it although we failed. Haha! Breakout is a themed real-life escape room venue located...

That Wānaka Tree

I was scrolling through my IG when one post caught my eye — a tree. Because the picture was so beautiful, I read the caption. It’s about a famous tree in NZ called the Wānaka Tree. So, I did some research, and here’s some interesting info. A willow tree grows at the edge of Lake Wanaka, on the South Island of New Zealand. It may just be a tree, but it gained popularity among tourists due to its photographic appeal, with a mountainous backdrop and its stunning reflection in the water. Its fame soared when photographer Dennis Radermacher won the New Zealand Geographic Photograph of the Year in 2014. It goes back to the 1930s when a farmer planted willow branches into the ground to make fence posts. It was meant to be just a fence post, part of a line to stop animals from wandering around the lake’s edge. But nature had other plans. That branch took root and grew into a tree. Against all odds, and unbelievably, it is now one of the most photographed sights in New Zealand tourism and has g...