Skip to main content

5 Tip kekalkan Motivasi Menjadi Freelancer

 Boleh dikatakan sudah setahun lebih saya melakukan kerja freelance ni. Sebenarnya ada perasaan pasang surut nak buat kerja ni. Kejap membara, kejap kaput. Kejap bersemangat, selang seminggu terasa malas pula. 

Walaupun dah tau akan berlakunya rollercoaster feeling bila buat kerja sendiri, bila betul-betul melaluinya lagi rasa kesannya terutama part malas dan macam mana nak naikkan semula semangat tu. Lagi susah macam mana nak maintain momentum supaya semangat tak turun terlalu rendah. 

Jika tiada motivasi dan hilang inspirasi, ia memang boleh mengurangkan produktiviti dan kreativiti. Jadi saya ingin kongsikan tip kekalkan motivasi supaya gerak kerja dapat dilakukan dengan lebih baik. 


1. Pembahagian Masa 

Betul, masa seorang freelancer lebih fleksibel. Dia boleh tentukan bila waktu dia mahu memulakan kerja. Ada yang lebih berinspirasi pada waktu malam. Ada yang suka bekerja pada waktu awal pagi. Yang penting perlu bijak susun masa. 


Di mana anda rasa output anda paling optimum?


Ada orang jika diberi 5 hari untuk menyiapkan kerja, dia akan melebihkan masa 2 hari pertama, mungkin menyumbang masa 8 jam sehari. Kemudian pada hari ketiga, dia kurangkan menjadi 4jam sehari. 


Ada orang jika diberi kerja 5 hari, dia bahagi sama jumlah masa 4 jam sehari untuk 5 hari berturut-turut. Ikut keselesaan dan kesesuaian masing-masing. Pucuk pangkal, perlu tahu mengurus masa. Kerana masa adalah variable penting mengekalkan momentum bekerja.


Oh ya, dalam pembahagian masa, perlu ada sesi rehat. Take a break apabila bekerja waktu panjang. Elakkan kerja lebih dari 2 jam straight. Rehat 10 minit pun tak mengapa. Kalau keadaan minda tepu, saya kadang-kadang jarakkan masa 2 jam untuk refresh mind. Saya buat chores rumah. 


Kadang-kadang sebelum sambung kerja, saya akan lepak santai selama 15 minit sebelum menghadap skrin laptop. Tidak buat apa-apa. Tujuan untuk mengosongkan minda sebelum bekerja. 


2. Raikan Pencapaian Diri Sendiri 

Jika di pejabat, kadang-kadang ada majlis kecil untuk raikan projek bersama rakan sekerja. Tetapi untuk seorang freelancer, anda bekerja seorang diri, untuk diri sendiri. Oleh itu penting juga, jika berjaya menyiapkan sesuatu tugas, raikan kejayaan itu. 


Tidak semestinya untuk projek besar, malah tugas kecil yang telah diselesaikan juga harus diberi penghargaan. Celebrate! Mungkin dengan sepotong kek, makan aiskrim, tengok wayang dan sebagainya. Anda akan rasa lebih bersemangat dan mampu mengekalkan motivasi untuk buat lebih baik. 


Ia juga seperti tanda penutup projek, jadi jika projek baru pula masuk, anda boleh set minda yang segar semula. Reboot and refresh!


3. Pelbagaikan Tempat Bekerja

Jika ikut kajian, perlu ada ruang khas untuk anda melakukan kerja, terutama di rumah supaya minda anda boleh set sepeti anda masuk kerja di pejabat. Saya rasa ada benarnya juga. Tapi saya sejenis perlu ada beberapa sudut kerja. 


Kebiasaannya saya buat di meja. Kadang-kadang saya buat di sofa atau menghadap TV. Saya perlukan change of setting untuk saya topup tenaga dan kreativiti saya. Saya juga pernah alih angin turun ke kolam renang di apartment. 


Ia berkesan untuk saya kekalkan momentum bekerja. Entah kenapa apabila saya berubah tempat, saya dapat rasakan energy baru dan minda kembali aktif apabila telah tepu sebelumnya.


Oleh kerana posisi tempat kerja saya tidak ergonomik, saya pastikan diri saya melakukan regangan dan senaman.

 

4. Disiplin 

Yang ini paling payah nak buat. Bunyi seperti senang je tapi nak kekalkan disiplin kadang kala terkandas juga. Untuk kekalkan momentum supaya tidak malas atau tiba-tiba tidak mahu buat, ada dua keadaan. Jika ada projek, saya cuba tidak  tinggalkan lebih 24 jam. Jika tiada projek, saya cuba juga tidak tinggalkan aktiviti menulis saya lebih 3 hari. 


Saya akan tulis atau sambung tulis apa-apa artikel untuk dikongsi di blog. Peluang ini saya guna untuk asah topik lain, meneroka pengetahuan baru atau menulis santai sahaja. Cara ini dapat kekalkan momentum supaya saya tak berehat terlalu lama. Tidak perlu masa yang lama, cukup sejam sehari apabila tiada job baru masuk.


Jika tertinggal terlalu lama, kemungkinan besar nak sambung semula tu akan terasa susah dan boleh menyebabkan bertangguh kerja. Jika ada kerja baru, tidak lah liat untuk bermula semula.

 

5. Komuniti atau group interest sama 

Apabila buat kerja freelancing nih, anda selalunya buat kerja seorang diri. Persoalannya, bagaimana anda menghadapi kesunyian? Orang putih kata, occupational loneliness. Jadi untuk kekalkan momentum dan inspirasi, cuba join komuniti atau group FB. 


Contoh anda freelance designer, boleh buat friendship atau network dengan orang industri sama. Sebab apa? Sebab akan ada perkongsian maklumat, kejayaan, tip, luahan perasaan, dan sokongan moral untuk ahli kumpulan. 


Freelancer dari industri yang sama sangat memahami apa yang anda lalui dan di situ mereka boleh beri nasihat. Boleh ajar do’s and don’t’s berkaitan kerja freelance nih. Mereka tahu apa yang anda alami. 


Kalau dapat membawa perkenalan dari alam maya kepada perjumpaan sebenar, lagi baik. Berbual bersemuka lebih ada perasaan human touch. Saya pernah private message freelancer lain untuk bertanya dan mereka memang okay dan layan soalan saya walaupun tak kenal.  


Ekstra tip

Ada juga tip yang dikongsi, memakai pakaian kerja ketika bekerja di rumah supaya minda anda boleh fokus dan bersemangat seperti anda memakai uniform. Tip ini tak memberi kesan kepada saya. Saya lebih kepada pakaian selesa. 


Kesimpulan

Jika sudah terbiasa dengan rutin menjadi freelancer nih, kebaikannya ialah anda boleh tentukan masa bekerja sendiri, anda boleh pilih client dan kerja yang macam mana anda mahu. 

Penting untuk kita berdisiplin dalam pembahagian masa dan pilihan sudut tempat kerja walaupun dalam rumah sendiri. Tidaklah mudah tapi tip ini mampu memberikan saya fokus dan kekal bermotivasi. Saya berharap anda pun begitu juga.


Comments

Popular Posts

Volunteer sekolah orang asli

 Pada 18 November yang lalu, saya menjadi sukarelawan di bawah sebuah organisasi bernama Bila Bila Odyssey, yang menganjurkan satu program di SK Bukit Bangkong (A), sebuah sekolah Orang Asli berhampiran Sungai Pelek, dalam kawasan komuniti Mah Meri. Sekolah tersebut mempunyai kurang daripada 120 orang murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Program yang dijalankan berfokus kepada STEM, dan murid-murid dibahagikan kepada enam kelas. Saya ditugaskan untuk mengajar mereka cara membuat plastisin sebagai salah satu aktiviti pembelajaran. Setiap sesi dijalankan selama lebih kurang 15 minit. Saya sendiri sebenarnya turut belajar bersama kanak-kanak ini. Secara ringkas, cara membuat plastisin bermula dengan mencampurkan 10 sudu tepung dan 1 sudu garam, kemudian digaul rata. Dalam bekas lain, air dicampurkan dengan pewarna makanan dan untuk kelas ini kami menggunakan warna merah dan biru. . Air berwarna itu dituangkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung tadi, lalu diuli sehingga adunan...

Witty Game : Breakout at NU Sentral

 I recently went to Breakout at NU Sentral and played “The War for Rembrandt” with two friends. The game is recommended for beginners and has a 65% success rate. From the start, we purposely chose an easier game because we wanted a higher chance of winning, especially since the tickets weren’t cheap. Even the staff suggested we pick a simpler room. Before the game began, we were given a short briefing on the dos and don'ts. Only one person was allowed to bring a phone into the room, as we needed to download their app beforehand for in-game hints and assistance. All our belongings were stored in a provided locker. The game lasted about 50 minutes. Our first impression upon entering the first room was “wow”. It really felt like stepping into a different world. It was definitely a mental challenge. We asked for hints twice, yet still we didn’t make it through the final room in time. We really enjoyed it although we failed. Haha! Breakout is a themed real-life escape room venue located...

That Wānaka Tree

I was scrolling through my IG when one post caught my eye — a tree. Because the picture was so beautiful, I read the caption. It’s about a famous tree in NZ called the Wānaka Tree. So, I did some research, and here’s some interesting info. A willow tree grows at the edge of Lake Wanaka, on the South Island of New Zealand. It may just be a tree, but it gained popularity among tourists due to its photographic appeal, with a mountainous backdrop and its stunning reflection in the water. Its fame soared when photographer Dennis Radermacher won the New Zealand Geographic Photograph of the Year in 2014. It goes back to the 1930s when a farmer planted willow branches into the ground to make fence posts. It was meant to be just a fence post, part of a line to stop animals from wandering around the lake’s edge. But nature had other plans. That branch took root and grew into a tree. Against all odds, and unbelievably, it is now one of the most photographed sights in New Zealand tourism and has g...