Baru-baru ini, saya telah dipanggil oleh kontraktor/vendor untuk menyertai bengkel NOSS (Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan). Ini merupakan tahun kedua saya dijemput sebagai proofreader. Bengkel ini melibatkan ramai ahli panel yang berpengalaman serta pakar dalam bidang masing-masing. Mereka berbincang, menyusun dan menghasilkan dokumen-dokumen penting yang akan dijadikan rujukan utama dalam menetapkan piawaian kemahiran pekerjaan mengikut keperluan industri. Mereka telah melalui beberapa sesi untuk merangka dokumen tersebut, dan saya berpeluang menyertai di peringkat akhir proses ini. Rasa bangga jugalah kerana dapat menjadi sebahagian daripada kumpulan ini, walaupun sumbangan saya hanya kecil iaitu menyunting dokumen pada sesi akhir. *********************************************************************** NOSS (National Occupational Skills Standard) ialah satu sistem standard kemahiran pekerjaan yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia. NOSS membantu i
I am all about the alphabets. That 26 letters that can make you happy, sad, love, hate and all those other emotions. Hire me as writer, copywriter, translator. *Digital marketing and social media marketing*