Muzik itu bisa mengusik hati. Kehebatan muzik boleh memberi kesan pada naik turun mood seseorang. Pada kebanyakan aktiviti, muzik lebih menceriakan suasana. Tidak kira semasa majlis, ketika berkerja di pejabat atau mengemas rumah; mendengar lagu-lagu yang kita suka membuatkan aktiviti lebih menyeronokkan. 1.Dalam konteks sedikit saintifik, muzik memberi kesan pada pengeluaran dopamin. Ia diproses di amigdala, bahagian otak yang terlibat dengan urusan emosi. Tidak hairan jika muzik dapat mengurangkan rasa sedih dan murung, dengan berlalunya masa bertukar menjadi tenang dan gembira. 2.Muzik perlahan dengan irama yang lembut memberi kesan pengurangan tekanan lalu menenangkan sistem saraf. Sebab itu kalau pergi ke spa, hanya lagu-lagu baroque atau instrumental perlahan sahaja yang diputarkan tanpa henti. 3.Muzik rock dengan rentak yang kuat dan bertenaga pada sesetengah orang dapat melepaskan emosi. Bila dalam keadaan geram atau bengang, mereka dapat meluahkan perasaan negatif i...
I am all about the alphabets. That 26 letters that can make you happy, sad, love, hate and all those other emotions. Hire me as writer, copywriter, translator. *Digital marketing and social media marketing*