Ada beberapa tip saya lakukan untuk penjagaan mata supaya rasa sihat dan segar. Cara saya mungkin bukan untuk semua orang dan ia hanyalah untuk diri sendiri selepas pembacaan dan pernah berjumpa doktor semasa awal-awal sindrom mata kering berlaku. SINDROM MATA KERING Sindrom mata kering berlaku apabila mata anda berasa tidak selesa dalam jangka panjang dan mungkin boleh mengganggu penglihatan. Tanda-tanda mata anda mengalami kekeringan ialah mata terasa pedih atau panas, mata mula kemerah-merahan, rasa sakit dan tidak selesa. Jika terlalu kering, anda mungkin rasa seolah-olah ada pasir di dalam mata dan boleh membuatkan mata bengkak apabila tidak dirawat segera. Dulu saya pernah kena konjunktivitis mata dan sejak itu mata saya sangat kering. Saya pernah rasa mata seperti ada pepasir dan bila malam, mata saya membengkak. Ubat titis mata tiruan membantu tetapi hanya dapat menghilangkan rasa pepasir dalam mata untuk beberapa jam. Lebih teruk lagi apabila bekerja dalam bilik ada...
I am all about the alphabets. That 26 letters that can make you happy, sad, love, hate and all those other emotions. Hire me as writer, copywriter, translator. *Digital marketing and social media marketing*